Ingin Menterjemah B.Melayu ke B.English

Ingin Menterjemah B.Melayu ke B.English / B.English ke B.Melayu Secara Online Sila Klik link ini --> Kamus Terjemahan

Saturday, February 7, 2009

FIKIR-FIKIRKANLAH SEJENAK WAHAI SAUDARA-SAUDARA SEISLAMKU

Sekadar gambar hiasan

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang yang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan dan kemungkaran di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemaksiatan dan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah S.A.W.
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak dipedulikannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu-waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan yang besar seperti kerajaan Nabi Sulaiman A.S.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah dan bencana lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan kenikmatan yang ada, sentiasa mengumpulkan harta dan tidak bersyukur kepada Allah S.W.T.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang banyak melakukan amalan-amalan baik di dunia dan mempersiapkan diri untuk hari kematiannya kerana dunia ini hanyalah untuk sementara waktu sedangkan akhirat jua kekal abadi.
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang bersungguh-sungguh dan berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan dan tidak dipedulikannya.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa menambah amalan-amalan yang baik, tidak melakukan kemaksiatan dan kemungkaran serta selalu memperbaiki diri jika ada kelemahan.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang banyak mengumpulkan dosa-dosa besar dan kecil dengan selalu melakukan pelbagai kemaksiatan dan kemungkaran dan tidak mengingati Allah S.W.T.
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah berumur (tua) tidak ada penyesalan dan keinsafan di dalam dirinya, masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan dan tidak mempersiapkan diri untuk hari kematiannya.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak dan peribadi yang baik serta menyenangkan orang lain.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amalan- amalan kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amalan-amalan kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana ianya telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah kita??? Jawapannya ada pada diri kita sendiri...
Selalulah kita bermuasabah diri & memperbaiki segala kelemahan yang kita ada

Wallahua'lam

1 comments:

pink_butterfly said...

err, prof...

info yg sgt bgus...


rama2 sgt suka mbacanya...


[ayat skema apabila bckp dgn lecturer]

=p