Ingin Menterjemah B.Melayu ke B.English

Ingin Menterjemah B.Melayu ke B.English / B.English ke B.Melayu Secara Online Sila Klik link ini --> Kamus Terjemahan

Saturday, January 31, 2009

BIODATA IBLIS LAKNATULLAH

Sekadar gambar hiasan

Nama asal : AZAZIL (ketua malaikat)
Nama kini yang sebenar : IBLIS LAKNATULLAH
Nama glamour : Hantu, Syaitan, Pelesit, Jembalang, Langsuir....dan lain-lain
Kelahiran : Bermula dari keengganannaya sujud kepada Nabi Adam A.S
Agama : Kufur
Status diri : Fasik kelas pertama
Tempat tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat tetap : Neraka Jahannam
Kawasan : Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati Allah
S.W.T
Arah perjalanan : Tiada haluan dan jalan bengkang bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah dan Rasul-NYA
Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yang halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan disemua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam yang lalai
Motto kerja : 'Hipokrasi Asas Akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari menginganti Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita-cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Kelemahan diri : Bila azan dilaungkan dan membaca istighfar
Logo : Sebarang jenis tatu
Pejabat operasi : Tandas-tandas, bilik air, tempat-tempat yang bernajis, menjijikkan, kotor
dan tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan Munafik serta Syaitan-Syaitan dari kalangan Jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperolehi dengan jalan yang haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka
terhadap Allah S.W.T
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari Kiamat (hari pembalasan)
Matlamat sebenar : Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahannam
Teman sejawat : Orang-orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran tetap : Dosa-dosa kecil, besar dan kemurkaan Allah sampai hari Kiamat
Pembantu setia : Orang-orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut,
pendengki, dan pendendam
Peristiwa yang tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam A.S
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang sakaratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Ketika dikeluarkan dari Syurga dan manusia yang digodanya mati dalam
keimananan
Makanan kegemaran : Asap-asap, tulang-tulang dan segala najis dan kotoranMinuman yang Minuman yang digemari : Air kencing, arak, dan semua minuman yang memabukkan
Orang yang paling dibenci : Orang-orang yang sentiasa berzikir mengingati Allah dan
bertaubat kembali jalan yang lurus
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik, model-model, pelacur, pragawati dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari Kiamat kelak
Saat yang paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti
kemahuannya
Tugas yang paling meletihkan : Menganggu manusia yang menjalankan perbuatan
kebaikan kerana Allah S.W.T
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan homoseksual (gay), lesbian, berzina,
pondan dan tomboy
Janji kepada manusia : Janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Perkara yang membuatnya gembira : Manusia yang mengikuti jejak langkahnya
Saat yang mendukacitakannya : Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat
Saat yang membuatnya menangis : Bila manusia yang disayanginya sujud kepada Allah
S.W.T
Wallahua'lam







Boikot Barangan Amerika dan Israel Bukti Ketakwaan



Demi Allah S.W.T dan Rasulnya-NYA Muhammad S.A.W Marilah kita bersama-sama memboikot semua produk negara Amerika Syarikat dan Israel Laknatullah. Boikot barangan Amerika dan Israel bukti keprihatinan kita kepada saudara-saudara seislam di Palestin dan ketaqwaan kepada Allah pemilik sekalian alam ini.

"Qulil haq wa lau kaa na murro". Maksudnya: "Katakanlah yang benar walaupun pahit"

Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi: " 1 Rial (Ringgit) Untuk Produk AS, Sama Dengan Satu Peluru Untuk Tubuh Saudaramu di Palestin".

Wallahua'lam














Friday, January 30, 2009

"HATI-HATI DAN WASPADA WAHAI SAUDARA-SAUDARA SEISLAMKU….. !!!!"

"HATI-HATI & WASPADA WAHAI SAUDARA-SAUDARA SEISLAMKU….. !!!!"

>>Al-Quran Palsu buatan Amerika Laknatullah<<

http://www.islam- exposed.org

Al-Quran baru buatan Amerika, berbahaya dan sedang diedarkan di kuwait , berjudul “The True Furqan” semua isinya bertentangan sekali. Ianya dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; Judul lain buku ini “The 21st Century Quran” berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggeris, sekarangkhabarnya diedarkan kepada anak-anak generasi muda di Kuwait di sekolah-sekolah berbahasa Inggeris di sana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Al-fatihah, Al-Jana and Al-Injil.Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristian tentang tiga tuhan.Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu isteri dianggap perbuatan zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahawa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan bagi umat Islam. Semoga Allah melindungi kita semua dari perancangan dan strategi orang-orang Kafir laknatullah, mereka sanggup mereka-reka & mendustakan Agama Allah SWT demi menjatuhkan Islam di muka bumi...Subhanallah.

Sila kunjungi website ini untuk melihat Al-Quran palsu ciptaan Amerika laknatullah
----> http://www.islam- exposed.org

Apa yang perlu anda ketahui tentang Coca-Cola

Namun tahukah anda, Coke membawa maksud dadah kokain? Minuman ini asalnya dicipta untuk menghilangkan keletihan para pekerja buruh dan ketagihan mereka terhadap kokain. Antara kandungan asalnya ialah ekstrak daun koka yang mengandungi kokaina dan kekacang Cola dari Mongolia. Kandungan daun tersebut menyebabkan minuman Coca-Cola turut mempunyai sedikit unsur dadah kokain. Pada masa kini Coca-Cola menggunakan daun koka terpakai yang telah diekstrak kokainnya untuk memberi rasa kepada minuman tersebut. Namun molekul alkaloids kokaina tetap tidak dapat diekstrak, menyebabkan Coca-Cola masih mengandungi kesan perangsang.

Kekacang Cola dari Mongolia yang turut menjadi kandungan utama dibeli secara senyap dari beberapa pengedar. Namun setelah hal itu diketahui oleh kerajaan Mongolia pada pertengahan tahun 80-an, harga komoditinya telah dinaikkan. Harga tinggi menyebabkan syarikat Coca-Cola mencari alternatif lain untuk menggantikan bahan tersebut yang menyebabkan rasa asalnya berubah.

Kandungan gula dalam satu tin Coke ialah sebanyak 18 sudu teh! Namun dengan tambahan asid sitrik, ia bertindakbalas mengelirukan otak dengan cara memberi rangsangan kurang manis. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan penyakit diabetis dan menjejaskan kesihatan. Kajian pakar pemakanan mendedahkan bahawa peminum minuman bergas termasuklah Coca-Cola mempunyai pengambilan yang rendah untuk kalsium (boleh menyebabkan osteoporosis), magnesium, asid askorbik, riboflavin dan vitamin A. Bahan aktif dalam Coca-Cola ialah asid fosforik juga akan mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang

Coca-Cola ialah jenama minuman ringan Cola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola dari Amerika Syarikat Jenama komersial yang terkenal di seluruh dunia ini di cipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19 oleh Asa Griggs Candler. Setelah menerima nama Samaran Coke yang diguna secara meluas, syarikat tersebut kemudiannya mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya.

Sebahagian besar logotif Coca-Cola dikatakan dicipta oleh Frank Manson Robinson pada 1885 dan dinamai oleh beliau sendiri. Robinson telah memilih aksara kursif yang tersendiri untuk logonya dengan mukataip spencer yang diperkembangkan pada pertengahan abad ke-19 dan digunakan sebagai tulisan tangan yang rasmi di Amerka Syarikat pada masa itu.

Botol Coca-Cola yang masyhur dengan gelaran 'botol kontur' telah dicipta oleh Earl R. Dean, yang diilhamkan dari gambar lenggai koko, dengan bentuk kembung dan alurnya yang tersendiri semasa membelek halaman Eksiklopedia Britannica. Rekabentuk unik tersebut dipatenkan pada November 1915.
Sumber: Majalah Wasilatul Ummah keluaran Januari 2009